Thursday, July 23, 2009

Abdullah Syahmi bin Muharam





Alhamdulillah Allah mudahkan proses kelahiran putera sulungku.. Abdullah Syahmi

Sungguh..terkadang kita berfikir apa hikmahnya ALlah aturkan perjalanan hidup kita sedemikian rupa..namun otak yang positif dan cemerlang pasti mampu mengharungi semuanya dgn cekal dan tabah

EDD ku pada 12 june 2009..ramai yang bagitahu..anak sulung awal seminggu atau 2 minggu..so kami berdua bereaspada seawal itu.. dari bayi dlm kandungan 7 bulan lagi, aku dah mula packing barang2 aku dn bb semasa di hospital nanti..semua sudah siap siaga di dalam kereta.. berwaspada untuk menghadapi saat2 mencemaskan..

Namun pada tarikh jangkaan pun bb masih belum mahu keluar..Seminggu selepas EDD aku mengambil MC 5 hari.. masih belum bersalin.. bila dimaklumkan kepada klinik berhampiran..mereka terus refer aku pada hospital besar pada harike-9 selepas EDD..

Secara normalnya.. hari ke 9 ibu2 yg overdue ni kena dipaksa masuk wad dan hari ke 10 akan di induce utk bersalin.. Dan aku perlulah mengikut rutin yang normal itu..
pada hari hendak ke hospital debaran sangat terasa..ye lah mana pernah masuk hospital.. survive sendiri lak tu..tnp parents dan siblings yang menemani.. hanya aku dan suami..kami berdua sahaja.. aku sengaja melambatkan proses kemasukan aku ke wad..sebab aku tahu masuknya aku ke sana, aku dah tak sebebas sebelum nya.. Jadi aku ikut suami ke ofisnya ,kemudian ke pejabat pos mengambil barang kiriman umi, kemudian ke bandar untuk mencari tempat bersarapan..pukul 11 lebih baru aku ke hospital

Sampai di hospital aku terus ke wad kecemasan.. oh salah tempat rupanya.. aku ke wad untuk bersalin tingkat 2.. aku sendirian kerana suami mncari tempat parkir kereta.. sampai di kaunter berkaitan, aku disuruh menyerahkan buku merah dan IC utk registration..kemudian suami dipanggil untuk membuat pendaftaran di tingkat bawah..selesai semuanya aku ditimbang berat dan di cek tekanan darah.,,Berehat sementara menunggu giliran untuk di cek bukaan 'jalan'

Aku melihat bermacam2 ragam ibu mengandung dalan bilik tersebut.. urmm..berfikir berfikir dan berdebar berdebar..ada yang sakit sangat tapi belum buka jalan, ada yang kencing manis kena masuk wad seawal 38 minggu, ada yang tumpah darah, dan aku.. ibu yang tak sakit2 tapi dah samapi masa.. huhu

Sampai giliran aku.. bukaan baru 1 cm.. wauu sakitnyee..ngilu..selepas tu rasa macam tak selesa dan sakitttt.. aku terus dimasukkan ke wad kelas2 kerana wad kelas 1 sudah penuh .. Tak kesahlah..janji selesa..

Suami mengangkat beg dari kereta dan aku terus ke wad..katil no 10.. Sebaik dimasukkan ke wad, aku dikhendaki menjalani ujian degupan jantung anak selama 20 minit.. aku perlu mengulang ujian tersebut sebanyak 5x..kerana anakku kurang bergerak..siksa dan panas.. suami menghantar beg dan terus ke ofis nya selepas bersalaman denganku.. MAsih belum mendapat rentak degupan jantung bayiku, aku disuruh makan terlebih dahulu.

Selepas makan dan membuang air, barulah bayiku aktif bergerakk. Alhamdulillah..KAlau tak, kenalah berjumpa dengan doktor lelaki yang merawat kami di wad 2A itu.. malu yang amat..lebih2 lagi bila aku terlihat tag namanya yang die sebaya denganku.. waduhhh malu ... siap geletek pusat aku lagi tu utk gerakkan bayi dalam perutku..aduhh

Selepas itu, aku ke katilku.. dan berkenalan dengan jiran2 tetangaa..Semua Mak Buyung dn sebilangan kecil yang sudah bersalin.. Semua mengalami masalah yang berlainan..ada yang uri di bawah, ada yang tumpah darah, ada yang kencing manis dan darah tinggi yang kene induce utk bersalin.. Ngeri jugak.. Alhamdulillah aku tak bermasalah besar..

Jiranku orang Kedah tinggal di Pahang dan bersalin di Terengganu di tempat suami.. Anak ke 2.Kak Nurin namanya.. Suaminya askar.. Kami berbual-bual tapi tak lama sebab akak ni telah di induce dan sakit macam nak beranak katanya.. Sian tengok dia takleh duduk.. Berjalan ke hulu ke hilir.. Aku kemas barang2 dan terus berehat.. SUami datang jenguk tengah hari dan petang.. Aku dan suami berbual2 dan bergelak ketawa untuk melupakan debaran untuk di induce esoknya

Sebelah malam.. Aku dan kawan2 menjalani rutin seperti biasa.. Dan aku masih seperti biasa..tidak sakit lagi.. Pukul 10 lebih kak Nurin sudah beradu kerana keletihan di siang hari manakala aku mula merasa sakit sakit.. Nurse yang datang melawat menyuruh ku ke depan utk cek jalan.

Aku yang degil tidka terus ke tempat yang di maksudkan..aku menunggu .. dan setiap 5 minit aku mula merasa kontraksi.. aku ke depan dan cek bukaan.. sudah 4 cm rupanya.. dan nurse menasihatiku utk cek selepas 1/2 jam jika kontraksi semakin kerap.. aku masih degil.. selepas satu jam dalam pukul 12 baru aku cek lagi sekali.. sudah 6 nak masuk 7 cm.. aku berjalan ke katil dan mengambil keperluan bayi, seterusnya menelefon suamiku..

Abang dah tidur ketika aku menelefon.. Dan dia sangatlah mamai waktu aku ckp aku nak bersalin dah.. Dalam perjalanan ku ke labour room aku berdoa yang suamiku bangkit dari lenanya dan segera ke hospital..aku bimbang abang tidur balik.. hehe..

sampai di labour room aku dimasukkan ke katil3 dan dipasang ape ntah..lepastu ditinggalkan beberapa minit.. aku sakit yang amat dah tika tuh..sakit sangat.. tanya nurse mana suami saya? die ckp tatau..lame sikit tanya lagi..die ckp takleh masuk lagi smp la di pecahkan ketuban..

Taklama lepastu nurse buat ape ntah.. dan suamiku diberi izin untuk masuk.. waktu suami masuk tu rasa sangat gembira.. rasa ada orang di sisi.. aku pegang tangan suami dan aku cakap..abang, anin sakit... tika tu rasa sangat beruntung.. suami ada di sisi menemani.. kami ditinggalkan berdua..beberapa minit lepas tu aku mula rasa nak meneran

Suami panggil nurse berhampiran.. dan aku teran tanpa dipaksa.. bila nurse beritahu cara meneran..aku mula meneran.. Ya Allah aku letihh.. mampukah aku? hampir 1/2 jam aku meneran dan akhir sekali aku menjerit.. Ya Allah.. barulah terasa air panas yang mengalir deras dan aku keletihan.. anakku lahir tidak menangis.. di suakan muka bayi kepadaku dan aku hanya senyap keletihan.. senyum pun tak mampu..suami yang mengazankan bayi dan dapat melihat mukanya sepenuhnya.. aku tak mampu..

Saat yang lebih menyakitkan adalah saat dijahit.. 2 jam aku di jahit dan aku terasa sangatlaaaaa sakit..ini yang menderaku.. pukul 1-3 pagi aku di jahit dan aku menggeletar di saat akhir kerana sejuk dan tidak bermaya.. sebaik segalanya selesai barulah aku diberi minum air dan diletakkan bayi di sebelahku untuk disusukan..kemudian suami mengiringiku ke bilik..

Samapi di katil.. aku tersandar keletihan dan berbual2 dgn suami.. Bayi tidur lena tika itu.. Kami teruja sungguh dengan kehadiran orang baru dalam hidupku.. Suami mula membandingkan muka ku dengan bayi kami.. Persamaan di mana.. hehe..

Tidak lama selepas itu, suami di halau keluar oleh guard ..hehe.. dan terus pulang dengan gembira ke rumah.. x tidur semalaman.. sampai rumah lepas subuh terus tdo.. aku pulak.. tak dapat tdo kerana bayiku mahu tdur bersama di atas katil.. baru aku nak lelap..nurse suruh bangun dan sedia doktor datang.. Doktor benarkan kami pulang selepas Syahmi kencing dan berak.. Sampai tgh hari, suamiku datang selepas menanam uri bayi kami tapi SYahmi belum kencing...

Aku di beri izin keluar tapi Syahmi ditahan wad..kerana????

Putera Sulung Umi dan Abah © 2008 Por *Templates para Você*